Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Terima kasih, kerana Kau aku kini berada dimana aku ingin berada...
Terima kasih, kerana Kau mengurniakan aku kesempatan utk mencapai matlamat...
Terima kasih, kerana kekuatan yg Kau berikan mampu menjadikan aku manusia yg masih mampu tersenyum walau dalam kedukaan...
Terima kasih, kerana Kau sediakan aku para sahabat yg sentiasa tidak putus memberikan nasihat...
Terima kasih, kerana kehidupan yang Kau berikan ini, mengajar aku erti bernafas dalam kesesakan...
Andai manusia tahu apa itu kehidupan, pasti mereka akan mencari kesenangan, kerana kehidupan itu sebenarnya tidak pernah senang dan seindah mana yang digembar gemburkan...
Manusia sering mahu mencari kesenangan, ya, tidak salah dan berdosa ingin mencari kesenangan kerana aku jua begitu, tapi jangan kita lupa siapa yang mengurniakan kita kesenangan itu.
Selalulah kita bersyukur, walau sedikit manapun kurnia dan anugerah yang kita terima, baik satu pujian mahupun sebarang kesenangan yg terbit di hati kita, kita perlu bersyukur, kerana Dia mampu menarik nikmat itu dgn mudah sekali.
Ya, aku pernah merasa,
Aku pernah menjadi loser
Aku pernah menjadi kejam
Aku pernah memainkn perasaan manusia lain
Aku pernah bercakap tanpa berfikir
Aku pernah merasa hina
Aku pernah dihina
Aku pernah bertindak tanpa berfikir
Aku pernah tuduh tanpa usul
Aku pernah mengabaikan sahabat sendiri
Aku pernah tipu diri sendiri
Aku pernah bodoh kerana cinta
Setiap apa yang berlaku sentiasa ada hikmahnya, baik kecil atau besar hanya Allah yang tahu,
tapi kita perlu teiliti..senantiasalah mengkaji dan muhasabah diri..aku tidak akan menjadi aku kini jika tidak kerana pengalaman-pengalaman ini.
Bila kita jatuh, kita akan bangun,
Bila xmampu,kita minta tlg org tolong kita.
Bila xda orang tolong, kita minta tlg dgn Tuhan.
Ya, Tuhan sentiasa ada utk kita, sentiasa...
Nikmat itu akan dirasai oleh kita,
Kita perlu yakin, walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita
Kita mampu menghadapinya..
Percaya dan Yakin
Mungkin ada yang kata aku kata begini bagi menyedapkan hati...
Tapi
Apa salahnya?
Apa salahnya aku menyedapkan hati aku sendiri dengan percaya bahawa Allah akan membantu aku dikala aku susah?
Dalam akalku aku berfikir,
Tanpa pengalaman begini,
aku xkan menjadi kuat,
aku xkan sedar segala kesalahan dan kesilapan aku,
aku xkan menjadi insan yang mudah memahami
aku xkan menjadi insan yang dahagakan penyelesaian yang terbaik
Hidup kita ini janganlah ada perasaa dengki, benci dan kedekut
Percayalah sikap2 ini akan hanya menimbulkan keresahan,
Diam tak diam kita akan bertindak tanpa sedar kerana sikap2 negatif ini
Aku percaya kerana aku pernah merasai perasaan ini dan mmg nikmat kepuasan hidup itu xtercapai langsung berbanding sekarang.
Fikir dan fikir dan fikir
Setiap perbuatan kita tidak suka dilakukan terhadap kita,
Jangan dan jangan dan jangan dilakukan terhadap orang lain,
Baik sepatah kata kesat,kasar malah jika ia lembut tapi berunsur sinis
Kelak pasti akan jatuh kebatang hidung kita sendiri
Jika tidak keluarga kita
Jika tidak anak-anak kita
Jika tidak cucu-cucu kita
Pada ketika itu kita hanya mampu melihat sahaja
Allah itu Maha Kaya
Segala apa yang diberikan kepada kita adalah mengikut kemampuan kita
Jika kau tidak mampu hadapinya,usahlah berbicara melebih-lebih kerana ia tidak sama
Aku ulangi tidak sama
Berbicaralah setakat mana kau tahu, janganlah melebihi mahupun menyamakan dgn keadaan yang dikau hadapi,kerana ia tidak sama.
Jadikanlah kisah lama sebagai pengajaran
Jadikanlah kisah kini satu usaha
Jadikanlah kisah akan datang untuk yg lebih baik
Hidup ini hanyalah sekali
Janganlah lalai kerana umur yang panjang mampu menambah dosa
Kesilapan boleh dilakukan hanya jika kau cukup matang menghadapi dan mengaku kesilapan itu
Kesilapan yang disedari haruslah diikuti dgn sesalan
Ingat dan ingat dan ingat
Jangan lupa
Allah itu Maha Pengampun
Sehina-hina setiap perbuatan itu akan mendapat pengampunan
Jangan sesekali riak ; riak khafi dan riak jali
Riak jali boleh kita jaga dan mudah utk dilihat
Tapi riak khafi? kita sering lalai hal ini...beringatlah
Ampun dan Maaf andai ada yang terasa
Bukan niat di hati hamba
Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diriku sendiri
Terima kasih Tuhan, kerana memberi aku peluang sebegini utk menikmati hidup
No comments:
Post a Comment