Jika jiwa ku berlidah bicara,
Nyata engkau pasti tak percaya,
Jika saat itu boleh diputar,
Nyata engkau pasti tidak gusar,
Bersihkanlah jiwa andai ada masa,
Kerna hidup kita bukan ditentukan oleh masa,
Lidah mampu memutar belit didunia,
Namun depan Tuhan lain cerita,
Selemah-lemah manusia itu didunia pada mata kita,
Mungkin tidak sekuat iman kita di akhirat,
Jiwa akur dgn ketentuan,
Percaya dan yakin dengan doa,
Kerana janji Tuhan itu sentiasa ada.
Allah itu Maha Kaya
Allah itu Maha Mengetahui
Hanya padaMu aku berserah dan bermohon
Hanya padaMu aku berbicara sendiri
kerana manusia kadangkala tidak mengerti
apa yang ada di hati kecil ku ini.
Ramadhan bulan yang mulia
Takkan dibiarkn sia-sia
Usah berbicara pada aku apa itu dunia
Kerana dunia kita berbeza
Usah berbicara pada aku bagaimana itu manusia
Kerana pelbagai ragam telah aku temui
Dengan Rahmat Allah kita hidup
Dengan Rahmat Allah kita masuk syurga
Beramal kerana ingin Rahmatnya
Kikis segala keraguan
Kikis segala kesangsian
Kikis segala harapan pada manusia
Kikis segala kebencian
Kikis segala riak dlm diri
Cermin dan cermin dan cermin diri
Kebencian sering mengundang keresahan
Kemaafan sering mengundang ketenangan
Kelebihan itu datangnya dr Allah
Kelemahan itu datangnya dr kita sendiri
No comments:
Post a Comment